MAPEGROUT Patch 218 | General purpose, shrinkage-controlled, fibre-reinforced, patch repair mortar.




MAPEGROUT Patch 218 | asyrafchannel
General purpose, shrinkage-controlled, fibre-reinforced, patch repair mortar.
    Dikesempatan kali ini saya menunjukkan demo penggunaan Mapegrout Patch 218, simen yang telah dimodifikasi khas untuk tujuan penampalan dan pembaikan. Pada saya ini amat memudahkan dan mempercepatkan kerja di mana kita tidak perlu menggunakan sebarang campuran pasir kerana mengandungi micro-fibre.

    Kawalan tahap shrinkage dan ia bersifat tidak meleleh memudahkan kerja tampalan di permukaan mendatar mahupun permukaan dinding, mungkin pada masa hadapan saya boleh menguji Mapegrout Patch 218 ini di ceiling rumah untuk menguji tahap upayanya melawan graviti.

    Ia mudah dan cepat kering, di dalam video saya applikasikan di kawasan sekeliling rumah terutama longkang yang banyak crack, ia keras untuk disentuh dalam 4-6 jam dan boleh mula berjalan di atasnya seawal 12-24 jam. Ia akan keras sepenuhnya pada 36 jam ke atas.













Sebelum Pembaikan dan Tampalan Dilakukan
    Tidak perlu lagi menggunakan simen yang dibancuh dengan pasir halus untuk kerja menampal, ini kerana anda akan mendapat kesukaran untuk kerja kemasan terutama untuk grind permukaan cement untuk meratakannya.
    Anda boleh lihat sukatan dan cara bancuhan yang saya tunjukkan di dalam video serta cara penjagaan peralatan dan tools yang digunakan. Jika ada sebarang cadangan dan pertanyaan boleh terus comment di bawah.
Terima kasih kerana menonton.









Selepas mengaplikasi MAPEGROUT Patch 218

Refer to MAPEI for more information
https://www.youtube.com/watch?v=s8twS230n0c&t=128s Subscribe to MAPEI Official YouTube as well https://www.youtube.com/channel/UCEUnK5HYCWxMY2nb8CgpTaw






Popular posts from this blog

Segarkan Grout Anda dengan Mapei Fuga Fresca | asyrafchannel

ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANG

Happy Birthday Amirul Asyraf