Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali melawat pusat pemindahan banjir Gali Tengah, Raub Pahang.

Dalam video ini:
Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali melawat pusat pemindahan banjir Gali Tengah, Raub Pahang.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyumbangkan sebanyak RM300,000 kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Ulu Sungai di Raub, Pahang, bagi membaik pulih rumah rosak serta perkara bersesuaian.
Bantuan itu diumumkan selepas menterinya Datuk Dr Khairuddin Aman Razali melawat mangsa banjir di PPS itu bersama rombongan kementerian, semalam.
“Seramai 27 buah keluarga melibatkan 97 orang telah dipindahkan ke PPS selepas rumah mereka dilanda banjir besar, akibat kenaikan air sungai berikutan daripada hujan lebat di beberapa kawasan dalam negara.
“Antara yang musnah adalah kolam ternakan ikan sangkar dan mengakibatkan pengusaha kehilangan punca pendapatan. Kebanyakkan penduduk di kawasan ini turut terlibat dalam sektor komoditi seperti menoreh getah dan mengusaha ladang kelapa sawit sebagai aktiviti ekonomi utama mereka,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, KPPK memohon supaya mangsa yang terlibat terus mematuhi segala arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, agar keselamatan mereka dan keluarga terus terjamin.
Kementerian itu turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas keselamatan dan agensi yang terlibat, dalam menyelamatkan serta menguruskan pemindahan mangsa banjir di seluruh negara, selain berharap semua mangsa yang terlibat dalam bencana bersabar dengan dugaan itu. -BERNAMA

Peralatan merakam video ini:
Canon SX60hs
Yunteng 288 Monopod

Pertanyaan | Iklan | Affiliate Partneship Program | Sponsorship | Promosi
e-mail: firdauzjalil.biz@gmail.com

Subscribe | Like | Comment | Share
Youtube: https://www.youtube.com/c/AsyrafChannel

Like | Follow
Facebook: https://www.facebook.com/asyrafchannel.fb
Instagram: https://www.instagram.com/asyraf_channel.ig
Twitter: https://twitter.com/AsyrafChannelTw
Pinterest: https://www.pinterest.com/AsyrafChannelPt
Blogger: https://asyrafchannelmys.blogspot.com/

#asyrafchannel
#pasforall
#banjirraub

Popular posts from this blog

Segarkan Grout Anda dengan Mapei Fuga Fresca | asyrafchannel

ANCASA ROYALE PEKAN, PAHANG

Happy Birthday Amirul Asyraf